![]() Objek-objeknya membawa erti yang tertentu. Lambang buku di bahagian tengah sentiasa mengingatkan murid mementingkan ilmu pengetahuan. Lambang burung simbolik kedamaian dan kebebasan. Lambang olahragawan membawa makna kesihatan badan dari segi fizikal adalah penting bagi seseorang dalam perjalanan hidupnya. Obor pula melambangkan ilmu akan menyuluhkan kehidupan seseorang. Lambang padi membawa erti kekayaan dari kemakmuran. Garisan tengah yang memisahkan burung dan olahragawan itu mengingatkan murid sentiasa membahagikan masa sama rata antara sukan dan pelajaran. Lencana sekolah ini mempunyai tiga warna. Merah melambangkan keberanian dan kegagahan. Putih melambangkan kesucian mental dan rohani manakala kuning melambangkan kesetiaan kepada raja. ![]() ![]() |