学校历史

Sekolah Lum Hua telah ditubuhkan pada Tahun 30an, sumber kewangan sekolah adalah dari Kelab Perusahan Tao Yen dan Tabung Pendidikan Kesatuan Pengusaha-pengusaha kelapa kering. Pengusaha-pengusaha sekolah ini ialah menidiang Dato Tan Boon Chong, Tan Chao Lim, Lee Boon Shee, Kok See Piao,

Lee Shong Chong, Yeoh Chen Poo, Neo Seww Chu, Teo Kam Tee dan Lee Poh Ta.

Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini, sekolah adalah ditempatkan di tingkat atas Kedai Chee Seng di Jalan Pasar, Sabak Bernam.   Bilangan murid ketika itu adalah sebanyak 25 orang.  Memandangan enrolmen murid kecil, maka kelas cantum terpaksa diadakan. Seorang Guru Besar bernama Encik Lee bersama 6 orang guru diberikan amanah menguruskan sekolah ini.Selepas itu , didapati bilik darjah terlalu buruk dan usang, sekolah ini telah dipindahkan ke tingkat atas Kelab Perusahan Tao Yen. Kelab ini telah mendermakan meja guru dan almari kepada pihak sekolah. Bilangan murid juga telah bertambah ke 50 orang dan dibahagikan kepada 6 kelas.  Bilangan guru termasuk pentadbir adalah sebanyak 10 orang.

Semasa Perang Dunia kedua ( Tahun 1941 hingga1945) disebabkan serangan penjajahan Jepun, sekolah ini terpaksa diberhentikan.  Selepas peperangan tamat, sekolah dibuka semula.

Pada tahun 50an, disebabkan enrolmen murid semakin bertambah bilangan bilik darjah tidak cukup menampungi  bilangan murid yang semakin ramai, sekolah pula tidak mempunyai bangunan sendiri.   Maka dibawah usaha Lembaga Pengelola terutamanya mendiang Lee Poh Ta yang tidak mengenal penat lelah telah menderma dan berusaha kuat untuk menjayakan pembinaan bangunan sekolah Lum Hua di Jalan Raja Chulan .  Pada tahun 1955, sekolah Lum Hua telah berjaya siap dibina.

Sehingga hari ini SJKC Lum Hua telah menjadi sebuah sekolah Gred A yang terdapat murid 337, guru sebanyak 26 orang dan staf bukan guru 9 orang. Sekolah ini terdapat 2 blok bangunan.